Welcome Peeps

Hye guys ! you are my visitor number..


 hug my teddy bear


My Precious
baby development

Friday, March 28, 2014

Rezeki my little caliph :)


Salam Readers..

Alhamdulillah semalam dah sampai gift daripada blogger Laby Rinth.. Hari tu fiqa jawab survey blogger ni, tapi hanya ibu mengandung je tau yang boleh jawab survey nih..lucky me hehe =p so dapat lah gift yang cute sesangat! Thank you so much ye dear :)
 
 
Sekarang ni dah tamat tau survey ni..huhu


 
Comel tak?? hehe. Geram sangat tengok headband tu.. handmade lagi! lepas tu tengok baby sock ni, alahai keciknya kaki baby...comel :) 
 
Lepas tu semalam mak mertua cakap beg untuk baby and mak baby toksah beli, aunty asben yang stay kat UK nak balik Malaysia kejap so dia dah beli kan beg kat sana. Alhamdulillah murah rezeki baby :)

pssstt insyallah lagi 10 hari je nak babymoon, excited nak jumpa mr koala nih :)

Tuesday, March 25, 2014

Honeymoon ke babymoon?




Salam Readers~



Tengok title entry mesti korang dah tawu kan entry ni mesti tentang percutian kan?? Pandai2 hehe. Di sebabkan lagi seminggu lebih je fiqa nak cuti mid sem, fiqa ajak asben pergi bercuti. Konon release tension lah padahal exam pun belom lagi! huhu. Fiqa tak nak pergi bercuti lambat2 sebab takut kalau perut dah besar sangat tak lepas plak naik kapal terbang,, ni pun fiqa pergi tetap minta surat doctor mana lah tahu kot2 perlu so tak lah pening bagai masa kat airport nanti.

Di sebabkan nak pi bercuti time fiqa preggy, kena lah sebut babymoon bukan honeymoon lagi dah! haha. Kalau honeymoon tu dah 2 kali honeymoon, first kat Penang, second dekat cameron highland. Babymoon jee belum lagi. Tu yg rasa happy sangat! Alhamdulillah =)

Kat Penang stay dekat Hard Rock Cafe Hotel, bilik besar sangat sebab dorang upgrade ke lil rock suite kid. Yang kat cameron tidur dekat crown imperial apartment.
 
 
Insyaallah lagi 12 hari je nak babymoon di Sydney, Australia. Alhamdulillah tiket semua dah beli, hotel dah booking. Visa pun dah settle. Packing barang je belum sebab fiqa still kena settle kan assignment and lab report. Tiket flight fiqa beli bulan 1 hari tu. Masa tu promo kononnya. Tapi total semua sekali RM2700 juga huhu. Yela mana taknya, fiqa amek travel insurance air asia, choose seat sebab nak duduk tepi tingkap, amek luggage up to 20kg each person so fiqa and asben dah 40kg, lepas tu amek makanan and maximise my meal and last sekali beli comfort kit! heee dulu pergi korea 6 jam dalam flight mengigil gak sebab tak beli selimut bagai huhu. Yang visa plak fiqa buat dengan travel agent RM20 je per passport. Hotel plak fiqa duduk dekat area george st, total 4 malam AUD410. Nak review lebih2 fiqa belum sampai lagi. Nanti bila dah selesai semua baru boleh review insyaallah :) Doakan semoga urusan fiqa dipermudahkan ye, Insyaallah amin..
 
 
 
#Takziah kepada keluarga penumpang dan crew MH370. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman buat muslim.
 
 

Thursday, March 20, 2014

Angin oh angin..




Salam readers..

Minggu ni genap lah usia kandungan fiqa 4 bulan. Alhamdulillah di beri kekuatan dan kesihatan yang baik oleh Allah walaupun terasa penat sangat bila pulang dari kuliah. Kadang2 rasa nak ponteng je kelas petang sebab boleh tidur petang huhu. Tapi kalau tak datang, kita sendiri gak yang rugi kan bukan orang lain.... babybump dah nampak dengan jelas tapi tak lah sebulat macam sesetengah orang yang 4 bulan dah macam 5,6 bulan gaya nye.. maybe sebab fiqa ni jenis berisi so nak nampak baby bump or lemak perut makan masa sikit kot hehehe. Masalah dari awal pregnant sampai sekarang ialah angin..dia serang macam tak kira masa..selalu je rasa perut ni full, kembung lepas tu mesti loya dan muntah..semalam fiqa minum teh ais, tak lama tu angin datang menyerang and sampai malam perut kembung je even dah 2 kali pi toilet muntah.. hmm ada tip tak cmne nak elak kena serang ng angin?? huhu terseksa juga bila kena.. kadang letak balm kt ulu hati sebab tak tahan sangat dgn angin2 ni..nak lepaskan angin segan lah plak bila kat hostel roomate ada.. bila weekend balik rumah senang lenang je nak lepaskan angin sesuka hati mwehehehe


oh ye macam mana nak rasa baby dah start gerak ye? so far belum rasa lagi dia kick.. hari tu ada sekali rasa mcm bubble pecah 'pop' kat rahim..tapi sekali tu je rasa..tak tahu lah tu baby gerak ke apa huhu.

Wednesday, February 26, 2014

4th check-up






Salam Readers..

Alhamdulillah fiqa dah melepasi 1st trimester dan sekarang berdoa supaya 2nd trimester ni dipermudahkan urusannya amin.. Sem ke-8 baru je bermula last week. Part yang paling penat bila nak kena mendaki bukit ke makmal jabatan kimia um. Rasa macam nak tercabut kaki bila kena jalan kaki ke atas tu, kalau terjumpa kawan2 yang nak pergi lab juga terpaksa lah minta tumpang ke atas.. tu belum perut membolat lagi, mesti lagi penat..

Ahad baru sudah pergi klinik sebab asyik nak terkucil je. Mula2 ingatkan biasa sebab baby nak membesar..tapi kalau dah setiap sejam rasa nak terkucil, macam pelik je kan? So fiqa pon ajak asben teman pergi klinik memandangkan rasa tak selesa lah nak terkucil..tak kuasa nak angkat kaki pi tandas selalu bila duduk kat hostel ni, lagi2 waktu 2-3 pagi. Tu yang selalu tepon asben or ibu fiqa minta bawak balik rumah huhu. Bila bagi tau doctor yang selalu nak terkucil tu terus doctor suruh amek sample air kencing. Lepas dapat result doctor cakap fiqa terkena kencing kotor. So doctor bagi antibiotik and ubat air (potcitra namanya)..lahh patut lah asyik nak terkucil.. tapi sampai sekarang ada lagi rasa nak terkucil tu,,hmmm apa nak buat ni?? minum air barli baru je tadi..hope cepat lah baik..

Tapi sebelum fiqa pi amek sample urine tu, fiqa cakap dengan doctor nak scan dulu.. nak tengok baby tengah buat apa hehehe.. so bila doctor letak scanner kat perut, subhanallah nampak little caliph dalam rahim ni tengah mcm melompat. Rupa2nya dia tengah kicking! cuma tak rasa lagi je hehe. Hari tu nampak just floating2 je maybe sebab ringan kot..sekarang ni dah berat tu yang baring sambil kick boxing eh baby fiqa ni hehehe. Kalau ikutkan hati ni, rasa macam nak tiap2 hari je pi scan..nak tengok apa la baby fiqa tengah buat.. Insyaallah next check up lagi 3 minggu..time tu insyaallah dah masuk 4 bulan..doakan semoga dipermudahkan urusan fiqa ye..insyaallah..


nampak tak si comel tu tengah baring? time tu dia ready nak kick
hehe. Bila lah nak baby bump yang membulat ni?? Dah 13weeks dah huhu..


Exchange link

.