Welcome Peeps

Hye guys ! you are my visitor number..


 hug my teddy bear


My Precious
Lilypie First Birthday tickers

Friday, June 21, 2013

Surat Kebenaran Nikah Perempuan dah siap =)


Salam Readers~

Rasa lega sikit bila surat kebenaran nikah fiqa dah settle.. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pernikahan kami! Fiqa tadi exam, so mama fiqa yang tolong ambilkan.. Yang bestnya kat selangor ni boleh suruh orang lain selain bakal pengantin yg gi hantar borang kebenaran nikah.. kalau kat Johor, bakal pengantin tu sendiri yang kena hantar then ada interview tau..

Bagi bakal2 pengantin negeri Selangor, fiqa ada listkan prosedur nikah (perempuan) bagi negeri Selangor 2013,



Dapatkan Surat Kebenaran Berkahwin dari pihak lelaki
|
Sila lengkapkan borang 2C ( Permohonan Kebenaran Berkahwin) dan 2D (Persetujuan wali)
Dapatkan 2 orang saksi lelaki (ahli keluarga @ bukan ahli keluarga) dan pengesahan dari Penolong Pendaftar Nikah dari Kariah Masjid berdekatan.
|
Pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan dan serahkan kedua-dua borang 2C dan 2D berserta dokumen dan salinan dokumen yang diperlukan. (Rujuk pada senarai semak yang diberi)
|
Bayar RM10 dan datang pada esok hari untuk mengambil Surat Kebenaran Berkahwin.
|
Kalau berkahwin diluar kariah, beri surat tersebut di Pejabat Agama Islam daerah berkenaan dan serahkan dokumen kepada penolong pendaftar nikah (jurunikah anda)


Lengkapkan borang Permohonan Kebenaran Berkahwin sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum berkahwin. So sesiapa yang ada hp touchscreen tu boleh la letak wedding countdown, nampak je lagi 3 bulan, terus lengkapkan borang and hantar ke pejabat agama =p haha semangat gilaa tuu!

Rasanya tak susah sangat negeri Selangor punya, cuma bagi fiqa yang leceh tu kena bawa 2 orang saksi sign borang depan PPN. Disebabkan fiqa anak tunggal, pakcik pon banyak stay kat Johor, so terpaksa panggil kawan2 ayah fiqa jadi saksi. Yang susah tu nak cari masa yang kami berlima ni free huhu. Kenapa berlima? yela fiqa,wali,PPN, dan 2 orang saksi... so 5 lah kan? hehe. Tapi Alhamdulillah lah now semuanya dah settle. Lega sangat just tinggal nak hantar borang ni dekat Pejabat Agama Pontian, Johor  then serahkan dokumen penting dekat jurunikah... Insyaallah Allah permudahkan urusan fiqa dan tunang Amin..

Update terbaru : Tak jadi khatam Al-quran sebab nikah Insyaallah pagi, jadi lepas tu terus buat marhaban.. so doorgift utk kumpulan marhaban kena top up sikit, hari tu 20 je, ni maybe jadi 40 la kot...

13 comments:

anis suryanie anis suryanie said... [Reply]

yeay da setel! lega kan? hehehe

Miss Dilla Miss Dilla said... [Reply]

dear..hiv test dh buat ke?

Syazana Zainn Syazana Zainn said... [Reply]

Alhamdulillah semua dah nak selesai :)

hana hadi hana hadi said... [Reply]

suka la baca entry b2b ni.. hehe

Princess Feyqa Princess Feyqa said... [Reply]

@anis suryanie aah lega sgt! risau gk dlu dgr mcm susah je haha rupenye sng alhamdulillah :)

Princess Feyqa Princess Feyqa said... [Reply]

@Miss Dilla dh sis :D

Princess Feyqa Princess Feyqa said... [Reply]

@Syazana Zainn Alhamdulillah dear =)

Princess Feyqa Princess Feyqa said... [Reply]

@hana hadi hehe senang nti nak baca kan..

wawa syaida wawa syaida said... [Reply]

fiqa...berdebar2 ny...dup dap dup dap...alhamdulillah kan dah settle bab penting ni

cha cha said... [Reply]

alhamdulillah dh settle sebab borang ni paling penting. akak dulu abg akak tolong settlekn sbb akak dah takde ayah :(

cheekychubbycutegirl cheekychubbycutegirl said... [Reply]

Alhamdulillah..ifnir nye borang kebenaran nikah dh siap jgk..yeay..huhu..

nor rahmat nor rahmat said... [Reply]

Assalamualaikum fiqa... tadi google pasal nikah di johor ni.. terjumpa blog ni.rasanya mcm situasi kita sama.pasangan dan saya dr selangor dan nak nikah di johor.senang tak prosedur di johor? apa borang yg kena isi di johor? perlu isi borang online?
terima kasih fiqa.

-nor-

nor rahmat nor rahmat said... [Reply]

Assalamualaikum fiqa... tadi google pasal nikah di johor ni.. terjumpa blog ni.rasanya mcm situasi kita sama.pasangan dan saya dr selangor dan nak nikah di johor.senang tak prosedur di johor? apa borang yg kena isi di johor? perlu isi borang online?
terima kasih fiqa.

-nor-

Exchange link

.