Welcome Peeps

Hye guys ! you are my visitor number..


 hug my teddy bear


My Precious
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, October 14, 2014

pengalaman bersalin Part 2

Salam Readers..

Maaf ler lama x update blog ni. Tak sempat nak update, busy huhu. Al maklum lah fiqa ni isteri, ibu dan juga pelajar..semua nk kena urus kn..termasuk lah si kecik kt rumah ni..setiap 2 jam bangun lepas tu Before tido nk ajak org main2 dgn dia dulu huhu..Takpe next time fiqa cerita tentang perkembangan hanzalah plak..ni sambungan Part bersalin yg tertanguh tu hihi

27 August 2014

Pagi tu dalam pukul 4, doc suruh fiqa pergi bilik pemeriksaan nak check bukaan. Masa tu dgn mata yg mamai pergi juga lah. Lepas check doc tu ckp dah 3cm. Ala baru 3cm..kalau 4cm dh boleh masuk labour room huhu. Doc suruh balik kat katil nanti pukul 9 pagi nak check lagi. Sementara nk tunggu pukul 9 fiqa pergi mandi, makan and online fb hehe. Try juga tidur tapi tak berapa nak lena.


9 pagi - Masa check pukul 9 pagi tu Still 3cm lagi. Doc bagi pilihan sama ada nak stay or induce. Time tu fiqa blurr je xtau nk pilih yg mana huhu. Dalam hati tak sabar gak nk jumpa baby hehe. Doc ckp baby kurang gerak better induce lagi pun baby dh matang, 39w2d. So fiqa pun setuju sbb dapat jumpa Baby cepat Hehe.. So pukul 12 doc akan check jalan dan masuk kn prostin.

12 tgh hari- doc check bukaan still 3cm lagi and doc pon masuk kn prostin. Prostin ni mcm gel kot. Rasa cm licin je dlm tu oppss hehe. Doc suruh fiqa baring selama sejam tak boleh gerak ke mana2 pun. Lepas sejam baru boleh gerak. Masa sejam tu tak rasa apa2. Bila asben and parents fiqa datang baru start rasa contraction yg sakit. 10minit sekali cmtu. Tapi still boleh tahan sebab rasa cm senggugut je. Tapi nak makan pun tak lalu. Huuu. Suruh asben urut2 pinggang sikit sbb lenguh..

4 petang - doc dtg check lagi and kali ni bukaan dah 4cm, so dah boleh masuk labour room. Doc pecahkan ketuban, rasa suam2 je air ketuban rupanya ye hehe. Dalam 4.45 Ptg baru fiqa dapat masuk labour room. Kat hukm asben boleh masuk kt labour room tau. Masa nak cucuk pitocin tu agak lambat gak hampir 15minit dorg cari urat huhu. Tangan fiqa gebu lepas tu urat halus ke dlm, tu yg susah nak cari urat. 3 kali dorg try cucuk semua tak dapat. Time tu cm nk ngamuk je hbs tgn lubang2 kena cucuk tp tak dapat juga! Kali ke 4 baru jumpa itu pun setelah tukar doc. Hmm geram rasa. Lepas dorg cucuk pitocin sakit contraction makin kuat. Memang betul lah orang cakap kalau ada suami di sisi terasa kurang sakit nak bersalin tu. Sampai satu tahap suami nk pi solat maghrib ng Isyak Kat luar fiqa tak bagi haha suruh solat kat dlm labour room je huhu tapi mana boleh kan..kecik je bilik labour room tu. Di sebabkan sakit yg teramat sgt, fiqa minta epidural. Mungkin sebab Induce kot. 3 kali doc try cucuk jarum sbb fiqa asyik bergerak je. Yela terkejut kot Sbb cucuk kt tulang belakang kan huhu


9.10 malam - Masa ni bukaan baru 6-7cm. Terasa sakit sangat. Kesan epidural tu mcm dah hilang. Rasa menyesal sebab amek tp tak tahan lama hurm.. Sepanjang tu memang sakit sgt pinggang sampai menangis2 tahan sakit Haha. Malu ikut kan tapi tak peduli dh nurse dgr lantak lah huhu. Suami fiqa time tu hanya mampu usap2 je pinggang fiqa.

10.30 malam - Masa ni bukaan dah 10cm. Sakit contraction dtg 2,3 minit sekali. Midwife cakap dah boleh teran If nak teran. Tapi fiqa tak reti. Try teran but still tak boleh keluar. Suami fiqa cakap rambut Baby dah nampak. Nurse siap tarik tangan fiqa suruh rasa rambut anak. Bila contraction datang Nurse suruh teran. Fiqa teran then curi nafas. Tapi rupanya teknik fiqa salah. Fiqa tak teran rupanya. Setiap kali teran hanya yg pertama je betul cara fiqa teran. Lepas curi nafas fiqa tak teran tapi Nurse cakap fiqa kemut. Sedih sangat sebab kepala Baby dah keluar masuk dah. Fiqa dengar yang dorang cakap Baby boleh lepas sebab fiqa tinggi. Selama setengah jam fiqa mencuba untuk teran dgn cara yg betul sampai asben dah give up tepi katil. Sedih dia ckp tengok kepala Baby keluar masuk dengan fiqa tak pandai teran lagi. Nurse pun siap cakap kalau lama sangat cmni Baby boleh lemas tau. Hanya awak je yg mampu keluar kan Baby ni. Masa tu fiqa nangis sebab tak tahu kenapa fiqa tak reti teran. Hmmm

11.08 malam - dengan kekuatan yang Allah beri kan, fiqa rasa betul2 ada something yg nak keluar sangat. So dengan sekali teran and curi nafas sekali je lahir lah Muhammad hanzalah rifqi. Alhamdulillah lega rasanya. Hilang terus rasa sakit tu. Masa tu Nurse letak kan Baby atas dada fiqa sambil dorg potong tali pusat. Tapi yg buat fiqa cuak Baby langsung tak nangis. Suami cakap dia macam nak keluar kan something dari mulut dia. (esoknya baru tahu yg Baby telan ketuban darah masa dlm labour room) lepas je nurse bawak keluar, hanzalah terus nangis. Alhamdulillah lega hati dengar anak nangis. Risau kot. Malam tu fiqa tak berapa lena nak tidur sebab terasa penat sangat Even mata dah ngantuk..pukul 3 pagi kot baru dapat terlelap sikit tapi tak lama..hanzalah nangis minta susu then tak nak tidur sorg2 nak tidur ng mama dia atas katil huhu. Manja betul! Hehe

Sekarang hanzalah dah berusia sebulan lebih.. Nanti fiqa update tentang perkembangan hanzalah dan gambar hanzalah plak ye. Tunggu next entry keh!


5 comments:

Sheila Salim Sheila Salim said... [Reply]

Assalamualaikum fiqa. siannya Hanzalah. akak pun sama tak reti meneran. tapi memang kita teran cuma takda tenaga sangat dah. hahahaha alhamdullilah Hanzalah dah besar. nanti share perkembangan Hanzalah ye ~~~

Sheila Salim Sheila Salim said... [Reply]

Assalamualaikum fiqa. siannya Hanzalah. akak pun sama tak reti meneran. tapi memang kita teran cuma takda tenaga sangat dah. hahahaha alhamdullilah Hanzalah dah besar. nanti share perkembangan Hanzalah ye ~~~

Amoi Farah Amoi Farah said... [Reply]

Takutnya.....

Z@i Z@mR33 Z@i Z@mR33 said... [Reply]

Alhamdulillah....tahniah

slmt bpantang =)

Sya Mimie Sya Mimie said... [Reply]

Asslmkm fiqa.. Tertelan ketuban darah? Cmne tu?

Exchange link

.