Welcome Peeps

Hye guys ! you are my visitor number..


 hug my teddy bear


My Precious
Lilypie First Birthday tickers

Saturday, September 5, 2015

Setahun Sudah..




Salam Readers!

Apa khabar readers? Berhabuk dan bersawang dah blog fiqa nih sebab almost 6 months fiqa tak update apa-apa kan? haha. Fiqa habis belajar bulan 2 hari tu, then fiqa jadi guru ganti sementara nak tunggu konvo kat UM bulan 10 ni. So memang busyyy sangat lagi2 si hanzalah tengah lasak kemain.

Si cerdik hanzalah dah pun setahun 27 august hari tu. Alhamdulillah! Fiqa tak buat birthday party pun sebab kalau buat party lagi syiok kalau ramai sedara mara datang..tapi di sebabkan sedara mara fiqa and asben jauh so kami celebrate dengan parents fiqa je. Pergi makan western food lepas tu beli cake. hihi. Balik daripada makan2 sesi membuka hadiah. Alah hadiah daripada fiqa dan asben je haha. Atok2 hanzalah bagi duit and duit tu fiqa beli dinar emas. Untuk simpanan hanzalah juga kan..



Hanzalah makan sikit je. banyak mama dia yang bedal. haha


My lovely baby!



Asben bagi hanzalah beg galas stephen joseph and fiqa bagi toy brand leapfrog
  
Di sebabkan birthday hanzalah jatuh hari weekday, memang tak boleh nak pi holiday. So last week fiqa ajak asben stay 1 night kat hotel pullman bangsar. Kononnya ajak hanzalah holiday lah padahal dekat bebenor dengan rumah, UM haha



Seketul hanzalah tengah termenung hihi

Mandi kolam dgn papa. Mula2 takut bila dah lama jadi suka lagi dia hihi 

Nak mengintai orang mandi kolam hihi
 

Hanzalah sekarang dah boleh jalan lebih 10 tapak. Alhamdulillah. Tapi masih belum fully berjalan. Still nak merangkak juga. Haii sabar jela. Lepas tu hanzalah suka mengemas rumah, suka buka dompet Mama dia (kecik2 lagi dah suka dgn duit yee), pandai turun katil guna kaki, suka tengok babytv especially lagu Baby, gigi dah nak masuk 5 batang sebab hanzalah Start tumbuh gigi masa 10 bulan dan dah pandai sebut mama,papa, mamam, ayah (tokayah), tatih dengan nyau(Meow). So far itu je yang fiqa naki share. Nak layan hanzalah memanjat jap hihi. Harap setahun sebulan hanzalah dah fully jalan insyaallah!
  



Friday, January 30, 2015

Perkembangan hanzalah 4 bulan

Sesiapa yang ada Instagram, boleh lah follow insta hanzalah ye.. khas fiqa buat untuk hanzalah, so tak campur dgn insta fiqa.. @hanzalah_rifqi. (follow tau! hehe)



salam readers..

lama tak update blog ni. Maklum lah busy sbb masih bergelar pelajar kan. Now alhamudulillah dah habis dah.. insyaallah dah boleh grad.. tapi graduation day UM lambat lagi bulan 10 nanti huhu jenuh lah menunggu hehe.. tapi fiqa pon baru dapat kerja sementara.. guna sijil SPM dulu. Saja nak timba pengalaman.. nak berniaga xtau mana nak dapat supplier or barang apa nk jual huhu

Sekarang hanzalah dqh 5 bulan... Alhamdulillah cepat je dia membesar. Tak lama lagi dah boleh makan sebab tak hanzalah ada tanda2 utk start solid foods.. Maybe lagi 2 minggu try bagi hanzalah puri buah 2,3 tablespoon dlu tgk mcm mana nanti..

Perkembangan hanzalah 4 bulan...

1) Hanzalah dah start pandai pegang2 barang. So playgym yg jidd ng jiddah dia bagi memang berguna sangat lah.. cuma hanzalah tak suka baring lama2..sekejap dln 10 minit lepas tu mesti minta dukung.. huhu

2) Hanzalah kenal nama dia sendiri. Bila panggil hanzalaha rifqi..mesti dia cepat2 pandang hihi.

3) Meniarap! Hanzalah pandai meniarap masa umur 4 bulan 6 hari. Masa 3 bulan lebih asyik dok ngiring jee. Lama gak nak tunggu hanzalah boleh meniarap huhu.

4) Suka berbual! Bangun pagi mesti nak berborak2 hehe, fiqa pernah dengar hanzalah panggil ayah, 2 kali tau! Tapi en asben bahasa kan diri nya papa. Jauh betul pergi nya papa - ayah. Maybe dia selalu dengar fiqa ckp tok ayah (atuk hanzalah) huhu
5) suka tengok orang makan! lepas tu hisap2 jari. Sabar ye hanzalah, tak lama lagi hanzalah boleh rasa nikmatnya makanan. Ada orang suruh fiqa start dgn nestum tapi fiqa nk bagi puri buah dulu, air tangan fiqa sendiri =)


 

Thursday, November 13, 2014

pelajar termuda?


Untung hanzalah baru 2 bulan dah masuk dewan kuliah Kat fakulti sains, UM. Mama dia dulu 2 tahun baru jejak universiti tu pun hantar aunty. Nak buat cane Mama dia student lagi. Kena lah ikut kadang2 huhu. Hanzalah jadi perhatian Kat fakulti sains. Konon pelajar termuda la tu Hehe. 

Insyaallah mama doakan rezeki hanzalah dpt melanjutkan pelajaran ke universiti yg sama dgn Mama, Universiti Malaya..dalam bidang apa? Terpulang hanzalah minat apa, if minat sains ambil lah bidang kimia,kalau tak ambil bidang perubatan Ye hanzalah ..insyaallah mama doakan yg terbaik buat mu. 

Tuesday, November 11, 2014

Perkembangan Hanzalah 2 bulan

 



Salam Readers

Hari n hanzalah dah 77hari, kira dah 2 bulan lebih..Alhamdulillah. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Rasanya macam baru je deliver kan hanzalah..Alhamdulillah hanzalah sekarang dah makin cerdik.. Hanzalah dah pandai :

Senyum and Gelak - Kadang2 fiqa tanya dia dah minum susu tak? Sedap tak? pun dia boleh senyum.Kalau kita senyum, lagi besar dia senyum dekat kita balik hehe. Tapi gelak tu kadang2 je. Susah sebenarnya dengar dia gelak. Ke baby 2months tak pandai gelak lagi? huhu

Berbual - memang suka tegur orang hanzalah ni..mula2 dengar dia cakap aakkee..lepas tu keluar lh segala huruf vokal, aahh,, oohh,, dan sekarang ni pernah dengar dia cakap mcm panjang sikit suku kata, contoh aaeeekeekee? haha lebih kurang cmtu lah haha

Kenal Botol susu - Kalau tunjuk botol susu je mesti dia tahu tu makanan dia. Cepat2 dia nganga mulut besar2. haha
Suka hisap Jari & Tangan - Kalau hisap jari selalu dengar dia macam nak muntah. rupanya dia jolok jari dalam sangat. Takot tengok huhu~ Rasanya kalau dia kepal kan tangan dia mcm penumbuk lagi safe kot?

Main Air liur - Buat bubble lepas tu letupkan, tak pun sedut balik. Menjejeh air liur especially bila kita dukung dia. Kena pakai bib dah ni! huhu.

Gerakkan jari - fiqa selalu ajar hanzalah no 1-5 guna jari. Yand dia selalu buat no 1 dengan 5 je haha. No 1 tu fiqa ajar hanzalah mengucap and Allah is one. yg no 5 fiqa buat mcm nk kepal nasi hihi.

Fiqa baru beli kn hanzalah rocker bright starts. Nampak macam dia suka main and tidur dalam tu. Tapi dalam gambar ni fiqa remove hanging toys kat rocker ni sebab  susah nak amek gambar hanzalah hehe

 
 
 
Hanzalah dah minta susu, nanti sambung lagi ye :)
Exchange link

.