Banyak giler entry fiqa peram. Semenjak dah jadi wife + student, status blogger macam dah menurun sikit hew3. Sekarang ni sibuk nak prepare untuk resepsi sebelah fiqa and husband. husband bulan 12 tapi tu family dia uruskan. Resepsi fiqa awal bulan 2, rasa pening bila banyak benda nak kena settle kan.. kad kahwin pon tak tempah lagi, survey dah tapi baru 3 4 buah kedai je huhu. Ada sesiapa tahu tak kedai kad kahwin yang design cantik + harga affordable kat area KL? kot2 next month boleh pergi survey ke kan huhu...
Mood honeymoon still ada lagi sebab baru je 3 hari balik dari Penang.. Serious best sangat sebab segala checklist yang fiqa buat semuanya settle! Lepas tu Hard Rock Hotel pon dengan baik hatinya upgrade kan bilik kami from seaview deluxe to lil rock suite! at first memang terkejut gila ingat salah bilik ke apa sebab lil rock suite tu harga 1 malam dekat seribu okeh.. kalau 2 malam dekat 2 ribu.. ayoyo tak shopping plak fiqa nanti dekat HR shop kalau cmtu haha. Fiqa nak upload gambar tapi baru teringat gambar banyak kat hp husband.. nampaknya kena tunggu sabtu ni husband balik boleh minta hp dia untuk upload gambar hehe. harap korang bersabar eh! (ayat bajet femes amoss kau!)
Penang Hill - Day 1st
Gambar kat hp fiqa ada berapa keping jeh, yela hp S2 dah old school berbanding dengan hp husband sony ultra Z hmm -__-

