Welcome Peeps

Hye guys ! you are my visitor number..


 hug my teddy bear


My Precious
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label University. Show all posts
Showing posts with label University. Show all posts

Monday, October 31, 2011

Kalau pasal bergambar, NO 1 korang ye?!

Salam Readers~

Siapa yang tak suka bergambar? Cuba angkat kaki sikit? Hee~ Aku sedang-sedang je. Kata orang ikut mood sebab kalau mood tadak muka aku bengis semacam je!

 Masa aku tahun 1 kat UM dulu, aku tak join pun sesi photography. Bila dah naik tahun 2 nie, kena lah amek gambar sebab rasa mcm dah nak graduate jeeee  (padahal ada lagi 4 sem!)  

Budak2 kimia yg cun dan segak. ( Yeke?!)



Gambar candid~
Cuba cari mana aku? 
Mesti tak jumpa kan sebab gmbr ni blur that y suruh u'ol cari! muahaha


Actually ada lagi 4 keping. Tapi takde kerja aku nak upload semua. 
Petang ni ada kelas kimia organik. Lecturer tu nak revise balik semua topic masa aku Tahun 1 weyh T_T
penat aku gali lubang kat mana aku simpan buku sem lepas! ayooo maa~

Sekian.

Tuesday, September 6, 2011

Dapat Juga Apa Yg Di Idamkan yee~

Salam Readers~

Lagi 5 hari aku nak naik sem 3, boleh plak demam panas T_T sedihnyaaa sebab nak prepare barang-barang pun mcm kura-kura bila ade tenaga baru boleh kemas2. But I need to be strong if tak memang 24 hours straight aku akan tidur mcm kelawar OKU hehe.


 Tadi kawan aku plak mesej aku cakap UM dah tersenarai dalam 200 World Uni Rankings.UM berada pada anak tangga yg ke 167 (ayat mcm carta lagu lak). Bagus lah macam tu sebab itu VC UM nak kan kami sebagai pelajar UM pun tumpang gembira lah sebab makin famous lah Malaysia nanti heee~ 

If korang nak baca lebih2, boleh tgk kat sini The Star

It moved up 40 places to 167 this year compared to 207 in 2010.

Aku memang tak larat dah nak taip panjang2 lagi-lagi bila otak aku terfikir naik je sem baru terus ada lab selama 6 jam tuuu~ perghhh habis skru2 kaki aku tercabut!
 Dugaan ey dugaan~

Monday, August 15, 2011

Bahagia Yang Terselit Kedukaan ~

Salam Readers~

Cuba tengok tajuk entry nie? Ayat macam orang putus cinta tapi cepat je jumpa kekasih lain.. kan?! Actually aku gembira sebab dah setel dah daftar course utk next sem. Selama ni aku try jimat kan pengunaan internet aku so time daftar course nanti tak slow! Sampai kadang-kadang aku tak sempat nak BW and buat autopost entry je. But today aku boleh online sepuas-puasnya YEAY!


Tapi kan tapi kan...........*buat suara bajet cute
Tahun 2 adalah tahun yang paling penat kot bagi aku! Kalau korang nak tahun, tahun 2 ni ada 7 minggu aku perlu pergi ke makmal buat experiment selama 6jam sampai tapak kaki aku rasa mcm dah jadi tapak kaki gajah dah asyik diri je! 


Aku nak bagi nasihat ni.. sesiapa yg rasa nanti masuk universiti nak further study dalam bidang kimia dekat UM, uni lain aku tak tau..korang kena prepare cukup2 especially physical korang. Susah? Susah tu memang lah nama pun belajar kan, tapi penat tu memang yee sebab asyik pergi makmal je sampai lah semester yang terakhir tahu. BOSAN heee =.=" 


Tengok jadual aku untuk sem 3 nie, perghhhhhhhh mantop hari-hari balik pukul 6! sedih T_T


Tapi kerja tak susah nak cari if korang amek bidang kimia ni.. boleh kerja kat kilang sebagai executive kimia *gaji masyukk* kerja under agensi nuklear, kimia forensik, MOSTI dan banyak lagi lah..... Janji belajar je rajin-rajin ok sebab kerja tak susah nak cari even kau boleh buat bom sendiri and jual kayo! hahaha =P


Sekian !


Wednesday, August 3, 2011

Pening-Pening Langau Aku Di buatnya~

Hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa!
Means makin lama makin dekat aku nak naik sem 3 =.="
So lebih kurang seminggu lagi aku kena daftar subjek untuk sem 3.

*buku panduan


Ish memang pening sungguh aku nak susun jadual sem 3.
Mana taknya aku kena masuk lab buat experiment selama 6 jam *sigh
Every semester macam tu sampai lah sem 6! 
Jadi subjek yang aku choose mesti lah tak bertembung dengan waktu lab aku.


*erkk pening sampai TERconteng2 buku =p

Contoh subjek yang ada makmal,

Kimia Organik tahap 2
Kimia Tak Organik tahap 2
Kimia Fiziki tahap 2
Kimia Industri tahap 1

Semua lab tu berjam-jam lama nya =.="
Lepas tu kena submit report lak......
Yeah! I <3 report * sarcastically ok

Subjek tambahan, WAJIB ambil sampai cukup 31 KREDIT ughh =/
Maybe this sem aku ambil Kimia Nuklear. *buat bom weh!
Harap-harap tak susah lah kan kan!
 ( kena hafal periodic table tuuu nanges jap~ )


* korang pernah mengalami masalah yg sama tak masa nak daftar subjek kos?

Tuesday, July 19, 2011

Sesi Temuduga Sebelum Terpilih.

One of my friends cakap yang nanti pihak UM tak guna kan khidmat UPU lagi.
Pihak UM akan buat interview dulu before mahasiswa or mahasiswi terpilih masuk.
Uish makin payah tu nak masuk UM!
Bersyukur betul aku masuk UM tak payah pakai interview.
Sebab bila part interview ni aku automatic jadi NUMB!
hahaha
So siapa2 yg masuk UM tanpa kena interview tu mmg patot bersyukur lah kan =D

Nak tahu lebih lanjut?

Friday, July 15, 2011

Tahniah Bakal Mahasiswa!


Actuallly pos ni aku nak ucap tahniah untuk my cousin!
Dia dapat UTM course engineering.
Actually first choice dia UM,
tapi maybe tak de rezeki kot nak duduk bwh payung UM dgn aku =p

It's ok dear UTM pun not bad, 
still under University Competitive.
Janji buat yang terbaik je tak kisah lah kita dapat Uni mana pun!

Setahun yang lalu, 
aku macam dia juga,
Takut + excited nak tahu university yang aku enroll.
Takut gilerr if aku tak dapat University yg PALING DEKAT dengan rumah aku. 
Syukur aku dapat gak Uni yg aku nak iaitu University Malaya.
Memang time tu kecoh lah dengan kawan-kawan.
Ada gak yang dapat University tak ada dalam list dia minta.
Tapi apa kan daya, 
rezeki kita Allah yang aturkan?
Syukur lah apa yang kita dapat.


Aku memang dari kecil nak masuk UM.
Because most of my cousins belah my dad graduate UM.
2 orang my cousin doktor and mereka pon from UM, 
*kolej Ibnu Sina khas utk budak medic.
My uncle amek course Pengajian Melayu dekat UM gak.
Even my dad pon pernah belajar kat UM juga =)

Ape pun good luck untuk mereka yang bakal jadi MAHASISWA =)
Buat yang terbaik tau,
 Andai kata kita pernah buat kesilapan ketikda di matrikulasi/asasi/STPM,
jangan ulang kesilapan tu yeah!
Good Luck!


*imbau kenangan kejap.

Di mana kah aku? hehehe =p

Thursday, January 13, 2011

BLOGGER GEGARKAN 'U'

click abg ben!!

Baiklah kali ni saya join segmen dr abg ben kita!!

Okey saya belajar di Universiti Malaya,
Jurusan sains Kimia Gunaan
Pelajar Tahun pertama baru :)
Asal dari Johor Bharu tapi since baby menetap kt KL
Umur baru nak masuk 20 Tahun!
Sebab2 amek jurusan Kimia because time kat matrikulasi dgn sekolah,
Kimia saya asek A je. hahaha
Syukur Alhamdulillah.
Time masuk U pun still A juga :)
But yang susah ada dapat B gak :(
Huhu 
takpe Insyaallah saya akan buat yg terbaik lagi lepas ni.

Cita-cita?
of course nak jadi saintis!!!
aka

CHEMIST!!!! :)


Wednesday, January 12, 2011

saya pelajar UM


Entry ini khas utk students IPTA.

Join this segmen? 

Saya seorang pelajar Universiti Malaya.
Baru di tahun yang pertama dan Insyaallah saya ada lagi 5 semester. 
Ini semester yang ke2.
Saya sekarang berada di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kimia Gunaan.
Kenangan Manis mmg banyak even though baru lagi di UM ni.
Salah satunya saya join krew Ulam Desa time Pesta Konvo UM.
Saya terpilih mendengar ceramah dari seorang alumi UM yg berjaya.
Join game utk budak2 yg stay di dalam kolej UM.
wah banyak lah senang cerita.
Kenangan pahit? ada and banyak juga!
salah satunya saya tertinggal bus sedangkan saya tahu,
pakcik bus tu nampak saya,jahat kan?!
huhuhu

But tak mengapalah,hopefully saya dpt jadi seorang siswazah 
yg berjaya di dunia dan di akhirat AMIN :)

So ni beberapa gambar yg dpt saya sajikan :)

Di Kompleks Dewan Kuliah
Fakulti Sains



Bersama seorang kawan
Di Main Library Uni.Malaya



Di dlm Library Uni.Malaya


Kolej Kesayangan ku =)



*maaf gambar satu course xada lagi sebab on that time kami semua ada kelas!
Course kami kembar siam dgn jurusan kimia so total student kimia and kimia gunaan 70 org :)
So siapa2 yg berminat lets join this segment okey!

Monday, January 3, 2011

I'm a chemist-soon-to be

Assalamualaikum readers!

Today dengan azam yg baru
 Semangat baru, 
Semester baru, 
Diri baru,
 Pencil case baru,
eh semua baru lah senang cerita,
bertekad untuk menjadi seorang ahli KIMIA
Insyaallah :)


Masa sekolah dulu2 tak pernah terfikir nak pursue chemistry as my major.
Since my enrollment to Kolej Matrikulasi (KMJ), 
I'd realized that tendency utk score in chemistry tu more than other subjects.
So since otak aku pikir pasai chemistry jek,
better aku pursue course chemistry!
Then lahir lah aku di UM ini sebagai student applied chemistry.

 Insyaallah aku akan try untuk berusaha menjadi pelajar yg cemerlang
di antara yang cemerlang.
AMIN =)

I'm a chemist, in 2014 =)

Saturday, January 1, 2011

Welcome back to UM


SEMESTER 2 telah bermula!!!
Results semester 1 alhamdulillah baik  =)
so now target PNGK 4 plak untuk sem 2 ni.
Insyaallah.

Lab coat telah pun ku cuci walaupun ada kotoran masih berbaki T_T
But buku physical chemistry & principle chemistry belum beli lagi ughh!!
takpe next week kena beli copat2. hihi takut kena kebas ng org.

so to all students IPTA & IPTS,
gud luck guys!! =)
Exchange link

.