Welcome Peeps

Hye guys ! you are my visitor number..


 hug my teddy bear


My Precious
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Preparation wedding. Show all posts
Showing posts with label Preparation wedding. Show all posts

Friday, September 6, 2013

Conteng-conteng tangan

Bak kata nenek fiqa, eh dia main conteng2 tangan pulak..cmne nak cuci nanti? Haha okay lawak la nenek fiqa nih. Dah tentu lah nih henna. Henna nih warna maroon and based on tukang henna ni ckp warna henna ni akam transform from maroon to red to orange. Cam pelik? Tapi kita tunggu jela haha. Harga? Rm120 untuk kaki dan tangan, boleh lah~~

Psttt rasa makin nervous nak tunggu hari esok.. YA Allah semoga kau permudahkan urusan fiqa pada hari esok and mudahan2 cuaca mendung saje amin!

Tuesday, August 20, 2013

Wedding Preparation Part 1 - hand bouquet for Nikah


Salam Readers..

Last saturday fiqa pergi survey kedai2 yang jual fresh flower. Actually niat nak survey je berapa harga fresh flower for hand bouquet, tapi last2 fiqa terpikat kat satu kedai ni sebab promotion yang dia buat memang rasa macam reasonable gila price dia! Harga untuk fresh flower hand bouquet + Fresh flower Sirih Junjung (free vase) only 150! Okay maybe ada yang dengar macam mahal, tapi bagi fiqa murah sebab untuk hand bouquet boleh minta bunga apa2 je sampai jadi bulat & penuh and untuk sirih junjung fiqa minta rose mix with carnation flower ke or apa2 jelah janji ada warna purple + pink hihi.

Akhirnya tercapai hajat nak pakai bunga tangan fresh flower time nikah nanti. Masa bertunang dulu sewa dengan mak andam je sebab last minute buat decision nak pakai bunga tangan.. dah lah fake, how many times dorang recycle tak tau lah,then mahal plak tu sewa RM30 urghh baik buat sendiri je rasa =(

Design yang fiqa suka semestinya ala-ala english style with pastel colours, tapi fiqa sedar diri fiqa kat Malaysia, so memang tak dapat lah nak bunga yang cun, cantik macam kat western country tu haaa

Tanteknye warna rose nihhh!

nak bunga tulips!!
 hmmm first time encounter dengan cik tulip masa dekat Korea je. Rindunye :'(

Warna yang membuatkan hati berdebar2 menjadi tenang..
 Ya Allah cantik sangat bunga rose nih eh? bau pon harum je!

Kalau boleh nak photographer amek gambar bunga tangan fiqa with kasut nikah, sebijik cmni hee~

**Rasanya kalau fiqa tak bagi tau jenis bunga yang fiqa tempah, tapi korang still boleh baca kot fiqa ni suka bunga apa heheheh kan?


Friday, August 2, 2013

Raya Vs Kahwin

Salam Readers.

Lagi seminggu kita nak beraya kan. So korang dah beli baju raya? Tiket nak balik kampong? Cepat2 beli kalau habis nanti korang tumpang burung garuda jelah yeh =p

Fiqa baju raya tahun ni 6 helai je. Tu pon 2 helai baju FMIL yg bagi. FMIL bagi kain cotton dari bandung so tinggal fiqa pi hantar tempah je. Actually fiqa tak suka sangat tempah baju sebab mahal, kain + upah jahit = baju kurung fancy ready made. Betul tak?  So lagi 4 helai en tunang & ayah fiqa beli kan. Alah raya tahun ni bukan balik lama pun hari ahad dah balik KL balik, tapi naik kerja hari rabu tau hew3 =D

Bila tengok kawan2 fiqa shopping raya, rasa jealous dalam diri membuak2 weh huu~  semangat betul dorang beli branded handbags, baju raya pon from Jovian & hatta Dolmat. Fiqa handbag raya tahun ni from Victoria Secret je, malas nak beli mahal2 sebab nti en tunang bising ckp handbag hantaran dah ribu riban pon tak cukup lagi ke? so better tunggu handbag hantaran jela hew3. 

So far fiqa banyak focus dengan persiapan majlis sebab tinggal lagi 5 minggu je tapi preparation still tak achieve 90% huhu! banyak lagi yang tak siap especially deco hantaran. Kasut en tunang pon tak beli lagik nih. bila tanya bila nak beli dia cakap “lepas raya la ek akhir or bulan 8 ke..kita pergi lah 2-3 shopping mall nanti “ warghhh lagi tension aku jadinya.. akhir bulan 8? No-no. Oh my dia tu dah lah fussy tak kan dalam 1 hari nak pergi 2-3 mall?? Hari bahagia makin dekat so memang tak lah fiqa nak memenatkan badan hmmm T_T  *tunang korang cerewet tak? Mesti lecehkan kalau cerewet huu~ 

Raya puas2 dulu then baru prepare barang2 untuk nikah haha

Tuesday, July 9, 2013

Mood berangan : Pelamin Nikah


Salam Readers~

Kalau tengok tajuk pon dah tawu dah ni entry berangan je lebih! Nikah belum lagi tapi berangan bukan main banyak lagi heee~ Baru2 ni fiqa gitau my desire pelamin to wedding planner fiqa. Hopefully dia dpt lah fulfill kehendak fiqa nih.. Fiqa nak pelamin english garden concept + kerusi. Waktu bertunang dulu takde kerusi, so bila nikah nanti nak ada kerusi sebab ada malam berinai so harus lah duduk atas kerusi hew3

Warna tema maybe cream, light pink and light purple. Sebab baju nikah ada bunga2 warna light pink and light purple. Padahal 2 warna ni warna pilihan utk majlis resepsi, tapi mcm mana tah boleh terpilih utk warna tema nikah.. ah layankan ajelah...

Fiqa kalau boleh nak pelamin nikah macam kat bawah ni sebab nampak penuh tapi tak serabut..then cantik and sesuai klu nak pasang kat dalam rumah atok fiqa nanti...

 Pattern ni nampak mcm kemas je.. 

Yang ni plak nampak macam permaisuri raja from antartic region hehehe.
Tapi mata ni berkenan plak huhu

Yang ni paling berkenan! Simple tapi nicee!! heeee =D

Hmm fiqa tak tau lah cmne pelamin nikah fiqah nanti. Hope cantik lah sebab nak pakai utk majlis berinai sekali... hope sgt nice and nmpk sweet, kalau boleh lagi cantik dri pelamin bertunang hari tu huhu... kalau nak tengok mini pelamin bertunang fiqa dulu, boleh click sini ---> HERE !!

Friday, June 21, 2013

Surat Kebenaran Nikah Perempuan dah siap =)


Salam Readers~

Rasa lega sikit bila surat kebenaran nikah fiqa dah settle.. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pernikahan kami! Fiqa tadi exam, so mama fiqa yang tolong ambilkan.. Yang bestnya kat selangor ni boleh suruh orang lain selain bakal pengantin yg gi hantar borang kebenaran nikah.. kalau kat Johor, bakal pengantin tu sendiri yang kena hantar then ada interview tau..

Bagi bakal2 pengantin negeri Selangor, fiqa ada listkan prosedur nikah (perempuan) bagi negeri Selangor 2013,



Dapatkan Surat Kebenaran Berkahwin dari pihak lelaki
|
Sila lengkapkan borang 2C ( Permohonan Kebenaran Berkahwin) dan 2D (Persetujuan wali)
Dapatkan 2 orang saksi lelaki (ahli keluarga @ bukan ahli keluarga) dan pengesahan dari Penolong Pendaftar Nikah dari Kariah Masjid berdekatan.
|
Pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan dan serahkan kedua-dua borang 2C dan 2D berserta dokumen dan salinan dokumen yang diperlukan. (Rujuk pada senarai semak yang diberi)
|
Bayar RM10 dan datang pada esok hari untuk mengambil Surat Kebenaran Berkahwin.
|
Kalau berkahwin diluar kariah, beri surat tersebut di Pejabat Agama Islam daerah berkenaan dan serahkan dokumen kepada penolong pendaftar nikah (jurunikah anda)


Lengkapkan borang Permohonan Kebenaran Berkahwin sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum berkahwin. So sesiapa yang ada hp touchscreen tu boleh la letak wedding countdown, nampak je lagi 3 bulan, terus lengkapkan borang and hantar ke pejabat agama =p haha semangat gilaa tuu!

Rasanya tak susah sangat negeri Selangor punya, cuma bagi fiqa yang leceh tu kena bawa 2 orang saksi sign borang depan PPN. Disebabkan fiqa anak tunggal, pakcik pon banyak stay kat Johor, so terpaksa panggil kawan2 ayah fiqa jadi saksi. Yang susah tu nak cari masa yang kami berlima ni free huhu. Kenapa berlima? yela fiqa,wali,PPN, dan 2 orang saksi... so 5 lah kan? hehe. Tapi Alhamdulillah lah now semuanya dah settle. Lega sangat just tinggal nak hantar borang ni dekat Pejabat Agama Pontian, Johor  then serahkan dokumen penting dekat jurunikah... Insyaallah Allah permudahkan urusan fiqa dan tunang Amin..

Update terbaru : Tak jadi khatam Al-quran sebab nikah Insyaallah pagi, jadi lepas tu terus buat marhaban.. so doorgift utk kumpulan marhaban kena top up sikit, hari tu 20 je, ni maybe jadi 40 la kot...

Monday, June 17, 2013

doorgift nikah~

salam readers~

So far 2 exam paper dah lepas so another 5 papers lagikk. Mudah2an Allah permudahkan Amin! Untuk wedding preparation so far doorgift untuk nikah dah 60% di beli. Doorgift untuk nikah ni ada 3 jenis first untuk kumpulan khatam Alquran 20 pax, second untuk tetamu yang datang dan sebelah keluarga my husband to be around 200 pax and 3rd tu for kids 50pax.

Disebabkan fiqa nikah kat rumah, jadi parents fiqa nak buat macam majlis.. sebab ada khatam alquran, pelamin nikah, adat merenjis dan mini candy buffet.. insyaallah cuma jemputan majlis pernikahan ni untuk keluarga2 yang tedekat and jiran atok je *yela buat kat kampung nanti kang jiran2 atok fiqa mengata plak kalau tak jemput huhu* .Yang jemputan untuk kawan2 parents, kenalan fiqa and saudara jauh semua bulan feb tahun depan masa raya cina.. senang buat time public holiday ramai boleh datang hehe

Walaupon masih awal lagi nak tunjuk doorgift, tapi rasa excited nak share! hehe tapi fiqa tak share semua, after nikah baru boleh tunjuk semua! bagi surprisee =P

1) Doorgift untuk kanak-kanak




Okay yang ini untuk kanak2. For now mama fiqa letak ribbons dekat kotak ni supaya nampak lebih comel. Dalam kotak ni letak habuk2 warna pink dan makanan. Then kotak ni akan di masukkan ke dalam paperbag yang comel macam kat Daiso tu hehe! Part makanan tu rahsia sebab fiqa tak bagi gula2, tapi bagi something yang jarang orang buat kot? hehe kalau nak tahu kena tunggguuuu =p

2) Doorgift untuk tetamu dan keluarga my husband to be

Tin love yang omeyy

potpuri punjut

200pax love tin!

Untuk tetamu fiqa bagi tin yang omeeyy sangat! tapi terhad untuk 200pcs only. huhu Dalam tin ni letak makanan (rahsia juga =p) then masukkan dalam paperbag yang berisi Al-mathurat, potpuri punjut dan bunga telur (in progress). Ada backup doorgift gak iaitu sabun yang diletak dalam bekas yang boleh digantung2, insyaallah nanti feyqa reveal later untuk backup doorgift. Sebab tin ni bukan ada jual merata2, takot tak cukup so ada backup doorgift maybe around 100pcs. 

3) Kumpulan Khatam 


Orang khatam ni banyak sikit ayah fiqa bagi, insyaallah bagi kain batik terangganu, tin yang berisi tasbih, bekas yang di atas ni berisi kurma, dan potpuri ponjut. Semuanya di isi dalam paperbag yang bersize XL kot haha memang besarrr!  

So far baru siap untuk hiasan and semuanya DIY by mama fiqa.. fiqa exam takleh nak tolong sangat =( yang makanan belum dibeli lagi, maybe after raya kot. Alhamdulillah rezeki murah, boleh bagi banyak sikit. Untuk majlis resepsi dah fikir nak bagi apa, cuma untuk tetamu belum beli tapi untuk keluarga pengantin dah beli, insyaallah majlis resepsi pon banyak gak lagi2 untuk keluarga lelaki. Doakan semoga dipermudahkan ye AMIN =)





Tuesday, June 11, 2013

HIV Test & Surat Kebenaran Nikah

salam readers~

Sebelum fiqa nak rest drpd mengupdate entry utk 3 minggu (sbb final exam dah dekat glerrr) so fiqa nak update sikit bout wedding preparation.

So far Alhamdulillah HIV test for both of us already done. Tunang fiqa test dekat klinik kesihatan Johor and fiqa test dekat klinik kesihatan cheras. If korang nak buat HIV test dekat klinik kesihatan cheras, boleh pergi every monday till thursday from 2-3.30 kot if tak salah la. Borang semua ada kat sana so tayah susah2 download. If korang buat hiv test dekat johor, korang kena minta dekat pejabat agama johor baru boleh buat test.. leceh kan huuu. Result hiv test fiqa and tunang not reactive means dah boleh kawen now! haha

Untuk surat kebenaran nikah, Alhamdulillah tunang fiqa dah selesai dengan jayanya. Tunang fiqa orang johor so dia apply surat kebenaran nikah dekat sana.  If korang apply kat johor, kena register online dulu dkt ncr johor. Then once dh register kena tunggu dlm 24 hours kot for activation and tak salah fiqa for activate tu kena kol pejabat tok kadi kot. Fiqa dgr dari cerita tunang je sebab fiqa apply dekat selangor je. Orang cakap selangor senang sikit huhu betul ke??


Gambar ni waktu hari Ahad ritu.. time ni tunang fiqa nak balik JB dah tapi sempat lagi tu nak snap2 haha.So baru semalam tunang fiqa pergi hantar surat kebenaran nikah dan macam biasa lah kalau kat Johor memang ada interview. Yang bestnye tunang fiqa kena tanya soalan2 yang senang je! Dah tu sikit plak ish3 jealous tau haha *ayat dengki* 


4 soalan je tu ( Mengucap serta makna, rukun islam, rukun nikah dan doa qunut) senangkan? haha btw Alhamdulillah his part already done. Now my part pulak. Hmm maybe settle kan after exam? haha tak tau lagi tengok macam mana. Pape pun please pray for the best for the two of us eh AMIN =)

Thursday, June 6, 2013

Props for Nikah Day!


Salam Readers ~

Props yang fiqa tempah dah sampai semalam. If korang baca previous entry, fiqa order props ni 12pcs RM50 free pos.. Bagi fiqa sesuai lah dengan harga sebab material dia pakai bukan lah kertas A4 or pakai mounting board ke.. nak sebut material apa tak tau lah lak nama nya huhu..

Insyaallah our LOVE TILL JANNAH 

Ada lagi 6 fiqa tak tunjuk.. kita tunggu time nikah nanti okeyy! hehe. Actually even ni untuk majlis nikah, tapi untuk nikah fiqa ada pergi bergambar outdoor.. so boleh lah nak posing bagai dengan props ni nanti.. En tunang tak suka props, tapi kali ni fiqa paksa dia pegang props.. waktu bertunang dulu hampeh langsung taknak pegang, bergambar pon tak nak! haishhh sebab waktu tunang xde OP suruh kazen yang amek gambar.. untuk nikah and majlis reception memang wajib amek OP kalau tak..... gambar merapu yang banyak jawabnye!

Thursday, May 30, 2013

Props for Wedding!


Salam Readers~

Korang mesti suka props yg comel2 bila korang pergi wedding kawan2 ke cousin ke or siapa2 jelaa.. betul tak? Fiqa suka bergambar dengan props2 ni but unfortunately so far fiqa tak pernah jumpa photobooth dekat wedding yang fiqa attend *nasib badan* =(

If korang baca entry bout my engagement, fiqa cukup rajin buat DIY props. Masa tu tengah cuti sem, excited betol nak bertunang tu yang buat props sendiri sampai 15 props kot haha. But then untuk majlis nikah ni just majlis keluarga je, tetamu pon maybe around 250 orang or lebih sikit and fiqa pon time cuti sem ni ada praktikal so memang layak sangat lah tempah props thru online huhu  *sebenarnya malas dah nak DIY haha*


Comel tak?? tapi nak design lain sikit dari ni haha

Fiqa order 12pcs RM50 free post. Pattern memang cute sangat! Fiqa tak tahu lah mahal ke murah, tapi design memang cantik tertarik dia memang dabooom lah and wording tu kita boleh design sendiri. Lagi pon en tunang yang bayorr fiqa tolong order jeee, sama macam mock up cheque tu, en tunang gak yang membayor nye, my job just tolong order and bagi details hew3 oh lupa nak cakap mock up cheque I dah sampai youuuu =D



My mock up cheque ada kat dalam gambar niiii, cer teka mana satu? kalau betul dapat big clap from me hehehe =P

P/S : banyak barang2 utk nikah dah beli. Lega rasanya sebab prepare awal even hari nak nikah lambat lagi.. lambat lagi?? haha *panggg*



Tuesday, May 28, 2013

Tunang aku bagi cheque palsu!!


Salam Readers...

Tunang aku bagi cheque palsu?? memang melampau,sangat2 melampau kalau benda ni betul2 terjadi. Tapi sebenarnya tajuk entry ni saja buat gempak hew3 sebenarnya fake cheque ni nak letak kat atas dulang hantaran masa nikah nanti. Ish kalau letak real cheque memang tak lah, kang salah letak ke hilang ke apa2 jelah tak ke naya?? 

So semalam fiqa dah order mock up cheque, RM50 je including postage.. Hari tu survey2 terjumpa 1 online shop ni jual benda yang sama, tapi mahal sikit. Total semua sekali RM70 macam tu including postage. Survey punya survey jumpa lah yang murah sikit, RM50. Apa tunggu lagi kan memang terus order laaaa insyaallah esok sampai! =)



Contoh mock up cheque.. macam cheque betul kan?? hehe

Nama tu boleh tukar nama kita and pasangan, amount, tarikh semua boleh tukar. 
Nak pilih bank lain pon boleh selain CIMB, ada maybank, public bank etc. Tapi fiqa pilih CIMB hehe

Contoh mock up cheque siap dengan frame sekali!

En tunang tunjuk kat mama dia siap dapat frame sekali cuma framenya agak simple kan? then mama en tunang cakap nak beli kan frame yang buruk biar cantik sikit. haha cantik macam mana lah agaknye yeee? we wait and ceee~

P/S : Duit hantaran korang pakai real cheque ke or macam fiqa gak? hehe fiqa pilih mock up cheque sebab masa raya nanti en tunang & keluarga nak serahkan duit hantaran terus sebab tu masa kat dulang hantaran pakai mock up cheque je hehehe =D


Update : fiqa beli mock up cheque ni dekat Fb.. search "kad kahwin Fizie" .. & mas kahwin fiqa adalah gelang taknak duit hew3 =)

Monday, May 27, 2013

Hantaran 90% Done!



Salam Readers~

Sekarang dah boleh senyum sikit sebab hantaran untuk fiqa dan tunang dah selesai. Cuma tinggal kasut en tunang dan makanan mcm cake & cokelat je belum lagi. Kasut hantaran tak tahu bila nak gi sebab kena cari dekat bandar huhu. En tunang nak kasut red wing, ish ngada betul nak boots bagai nyampaahh haha.

Semalam tunang fiqa balik ke Johor sebab nak uruskan borang nikah, buat HIV test dan yang paling lega sekaliii bagi barang hantaran fiqa kat mama dia! Memang fiqa risau betul bila barang hantaran utk fiqa ada kat rumah fiqa, takot terhilang barang ke habis kena ganti kat en tunang sebab barang2 hantaran fiqa 100% en tunang bayorrr, barang hantaran dia 50% je yang fiqa bayar. haha! *well, im still a student, what da ya expect ? hew3 =p *
Fiqa siap pesan kat en tunang, kalau singgah kat R&R jangan lama2, sebab total 5 barang kat atas tu je dekat RM8000... kalau hilang gelang emas dengan beg LV tu memang 3 hari 3 malam menangis sebab 2 barang tu harga beribu, yang macam kasut&sunglasses MK or jam just cavalli by roberto cavalli tu hilang takpe lagi sebab yang paling mahal antara 3 tu kasut MK je tu pon tak sampai seribu... hew3. Lepas sampai JB, en tunang siap mesej cakap dia tak puas lepak dekat R&R, ehehe padan muka siapa suruh nak lepak lama2 sangat =P

Hmmm, lepas barang hantaran, mesti terfikir pasal dulang hantaran kan! even lagi 3 bulan lebih nak nikah, tapi dulang hantaran tak prepare sangat. Hias baru sikit2 je, hmm tu yang merisaukan fiqa sebab lepas ni busy sangat ala-ala career women gituww ahaha padahal praktikal je itu pun just 2 months... hmmm tengok lah macam mana, kalau rajin boleh start dengan gubahan bunga itu pon kalau gubahan tu menjadi! hehe =D

Wednesday, May 22, 2013

Shopping Kain ~~


Salam Readers~

Ehem, exam just another 2 weeks + - lah huhu~ Makin dekat nak exam, makin kerap aku berjimba horey2 padahal inside my brain, all brainy cells tengah hard working suruh aku study study,, stress hokey~~

Ni cerita last week, pergi cari kain nikah dan majlis. Kain nikah fiqa tak nak warna lain, nak warna white pearl. Before this macam2 colour comes into my mind but end up putih gak yang menang. Sebab apa? sebab senang nak match dengan mana2 colour hik3. Lagi satu khemah kan warna putih? LOL tapi taklah semua putih, fiqa request kat tailor nak tambah manik + bunga 3D, maybe colour purple or pink kot. Hmm kain nikah tak mahal pon, semeter RM35 semeter, tu harga after less 20%. So beli 4 meter je then yang lace + manik semua minta tailor yang buatkan. Cost upah + manik + bunga 3D around 350~450 gak. Boleh la sebab baju tu nak bawak pergi shoot outdoor so kena lah chantek2 heee~


Mama fiqa tengah discuss mana kain yang cantik hehe

Then untuk majlis resepsi fiqa, fiqa nak buat gown. Hmm fiqa tak minat nak sewa baju dari mak andam, bukan apa fiqa rasa lepas majlis baju tu boleh bawak pergi dinner universiti and dinner masa dah kerja nanti. Bajet fiqa untuk baju resepsi memang agak besar. Fiqa beli kain dutchess yang harganya RM95 semeter tapi after less dapat RM75 semeter. Fiqa buat gown, so I need at least 6 meter. Then fiqa tanya mama fiqa dan dekat instagram ada juga post lace mana yang chantik Prada lace or fully beaded lace? Harga both sama RM400++ semeter but fiqa just perlukan 2 meter saja. So akhirnya fiqa pilih fully beaded. Lepas dah pilih kain untuk baju, mesti kena beli tudung yang sama warna kan? hehe. So fiqa beli chiffon silk RM45 semeter. Fiqa beli 1 meter setengah sebab nak buat style tudung veil. 


Prada lace & full beaded lace

french lace. lawoo gak!


Total cost baju nikah : RM490
Kain nikah : RM35 semeter. 4 meter ~ RM140
Harga upah untuk baju : RM350 

Total cost baju majlis resepsi : RM1833.50
Kain dutchess : RM 75 semeter. 6 meter equivalent to RM450
Beaded lace : RM408 semeter. 2 meter equivalent to RM816
Chiffon silk : RM45 semeter. 1 1/2 meter  equivalent to 67.50
Harga upah untuk baju : RM500~RM600

hmmm macam banyak duit habiskan? kalau sewa harga mesti dapat lagi murah. Tapi apa yang fiqa boleh cakap, lain orang lain citarasa. Fiqa memang kalau boleh dari bertunang till majlis bertandang nak baju sendiri tak nak sewa. Insyaallah baju majlis bertandang dalam proses, lagi sebulan siap lah kot, tapi baju bertandang en.tunang yang bayar hew3. Rasa kesian kat family, tapi takpe fiqa anak tunggal so kat mana tumpahnya duit kalau tak kat fiqa haha =P

Im still counting the months, days, hours, minutes and seconds! 

Exchange link

.