Salam Readers..
Hari nie korang berpuasa tak? Kalau yang perempuan tu tak puasa aku paham lah.Tapi ni yang lelaki, lagi2 heavy smoker.. ye ke berpuasa?*Buruk sangka lak. Ke kat depan isteri/keluarga je cakap puasa tapi masuk bilik air senyap2 merokok. Ish tak baik macam tu, kita yang rugi tau tak berpuasa ni sebab kita belum tentu dapat menyambut puasa pada tahun hadapan tau..
Aku tak ada pengalaman melihat kaum lelaki tak berpuasa lagi, tapi banyak cerita yang aku dengar macam dulu dekat kawasan aku ni remaja lelaki sanggup pergi makan kat restoran orang bukan Islam semata-mata nak bagi perut tu penuh. Lepas je melantak, terus sambung aktiviti macam tak ada apa yg berlaku. Lelaki macam tu tak nak aku buat suami sebab gagal mendidik diri sendiri !
*bila berpuasa kena lah tunggu waktu berbuka baru boleh makan.
Ada juga kaum lelaki yang suka mengunakan ayat "Gastrik" sebagai alasan tak berpuasa.Uik kronik sangat ke sampai if tak makan 14 jam boleh mati?? huhu Tak semua orang gastrik tak boleh berpuasa ok,sebab uncle aku gastrik gak tapi boleh je tahan! Iman kena kuat maa~
Ada gak lelaki yang suka berpuasa tapi yg tak bestnye anggota badan dia bukannya berpuasa pun... Mata tengok benda yg tak elok, mulut lak cakap perkara yang lagha, memaki hamun orang tak tentu pasal, kaki tidur siang dah macam badak tidur 12 jam hanya 2 jam je dia sedar. Macam ni ke nak jadi ketua keluarga? Ish Ish tak layak tak layak.
Bagi aku lah,berpuasa ni bukan lah ujian yang berat untuk kita sebagai rakyat Malaysia. Kita masih boleh bersyukur sebab bila tiba waktu berbuka sudah terhidangnya makanan di hadapan mata kita. Tapi bagaimana lak rakyat di negara Islam yang tengah berperang tu? Mungkin berbuka puasa berteman kan debu-debu pasir di pinggan makan saje...
Jadi lah kita hamba Allah yang bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi sekarang ni ok? =)
:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
7 comments:
smpai snggup mkn kdai bkn islam?jijik gile!
ishhh , sape 2 buruk perangai . puasa jela. manusia .ish2
puase setahun sekali pun,liat lagi yerps..eish2
haihh~ jgn ckp laki, ppuan pon same jep. opismate pon ade 3 4 org konon gastrik time lunch hour. nak g klinik la pe la. heh.
ishhh3...laki tu tggungjawab berat..kalau tgungjawab nak posa pon xleyh buat..hummmm entahlaa
betul. laki mcm tu memang takleh nak buat suami..huk3
betul3. kalau lelaki ni takleh puasa, takleh tahan. memang tak sesuai dibuat laki.
Post a Comment