Welcome Peeps

Hye guys ! you are my visitor number..


 hug my teddy bear


My Precious
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, February 12, 2014

My 1st Trimester Pregnancy


 

Salam Readers..


Alhamdulillah majlis sebelah fiqa dah selesai, tinggal nak update entry je tapi itu pun malas. Kemalasan apa yang melanda diri ini pun tak tahu lah huhu! Nak kata malas sebab early pregnancy, tak juga sebab kalau main game flapping bird rajin bebenor hee~

Tetibe rasa nak story pasal my 1st trimester, tapi belom habis lagi sebenarnya huhu. Kalau ikut lmp, today fiqa dah 11 weeks and 3 days. Alhamdulillah fiqa tak alami morning sickness yang teruk, eh rasa nya mcm takde je? huhu. Orang memasak kat dapur fiqa relax je bau. Bangun pagi2 pun takde lah terus tuju ke toilet. Alhamdulillah sebab masa minggu ke-5 till minggu ke-7 fiqa ada exam. Tak dapat bayangkan kalau morning sickness teruk asyik nak muntah je, habis kena marah dengan students lain sebab kejap2 pergi tandas huhu.

Tapi sepanjang minggu ke-6 till minggu ke-9, angin dalam perut ni bermaharajalela betul! huhu. Kalau kosong, mesti nak uwekk. Kalau full sangat pun nak uwek gak. Masa tu tak tau nak buat apa lagi dah. Serba salah nak makan huhu. Tengok makanan pun tak selera sangat except western food. Kerap juga lah telan burger. Nasi memang tak nak pandang langsung. Kalau bayangkan pun boleh kembang tekak huhu. But now dah masuk week 11, Alhamdulillah selera dah kembali. Makin berselera nampaknya sebab every 3-4 hours kena isi tangki perut, if lambat...acid gastrik datang invade perut fiqa, pedih sangat!

Lepas tu, tahap kemalasan fiqa rasanya sama seperti preggy lady yang lain. Malas nak jalan, malas buat kerja itu ini, nak buka laptop pun malas, even nak mandi pun malas heehee! lepas tu asyik demam malam je. Siang biasa, asal malam semua sejuk. Rasa mcm duduk kat freezer plak. Tapi now baby dalam perut makin besar, so sekarang makin panas! Ada 1 hari tu 12.30 pagi fiqa pergi toilet basahkan badan sebab terlampau panas. huhu. Agaknya memang camtu bila baby makin membesar dalam perut. huhu.

Bab scan plak, first scan fiqa pada week 5. Masa tu tak tahu apa pasal pregnancy and procedure nak scan perut. Masa tu kat klinik ramai sangat orang! dekat 45 minit juga kena tunggu untuk sampai giliran fiqa. So lagi 15 minit nak giliran fiqa, pergi tandas kejap sebab nak terkucil. Bila doctor suruh baring and nak scan perut, dia cakap tak nampak lagi ni.. Baru lagi. Next scan datang sebulan lagi ye. Kita nak tengok sama ada dalam rahim or luar rahim. Lepas tu kita boleh tengok heartbeat dia sekali. Aduh! Doc ni buat orang risau je. Balik tu google pasal scan baby and terbaca lah yang time nak scan kena bagi bladder full. Okay next time nak scan kena full kan bladder! Di sebabkan fiqa risau first scan tak nampak pape, bila 6weeks 6days, fiqa pergi scan. Alhamdulillah dah nampak kantung. Okay lega. Tapi baby tak nampak lagi. Okay risau balik huhu. Tapi buat sabar je dulu. Cakap dengan husband fiqa, week 11 kita pergi scan. Biar lambat sikit scan. So last sunday fiqa pergi scan, masa tu dah 10weeks 6days tapi bila doc ukur panjang baby usia dia baru 10weeks 2days. Gambar baby tak jelas sangat sebab bladder tak berapa nak full huhu. Tapi alhamdulillah syukur sangat time tu dah nampak baby dalam perut dah cukup sifat. Ada tangan,kaki,heartbeat and kepala dia besar! Doc cakap normal sebab otak dia tengah berkembang. Masa tu nampak lah si kecil ni tengah floating2 dalam perut mama dia :') Rasa nak nangis je depan doc tu sebab terharu sangat wujudnya sang cilik dalam perut ni. Besarnya kekuasaan mu Ya Allah dari seketul darah akhirnya jadi manusia yang sempurna..subhanallah!

Alamak mcm dah panjang je entry fiqa, nanti sambung next entry ye. Doakan fiqa and baby sentiasa sihat dan baby dlm perut fiqa membesar dengan sempurna ye insyaallah amin!

 * Beli diari hamil, senang nak letak gambar scan =) kalau tak husband bebel gambar letak dalam laci je huhu

 

10 comments:

Sheila Salim Sheila Salim said... [Reply]

Assalamualaikum awak. dah masukkan dalam bloglist preggymom 2014 saya. hehe Salam perkenalan daripada saya. bestnya tengok baby floating. hehehe. syukur, jaga diri baik2 ya. semoga dipermudahkan (",)

nanalee caramelo nanalee caramelo said... [Reply]

wahh.. tahniah! nana pembaca setia entry feyqa :)

anis suryanie anis suryanie said... [Reply]

congratz dear!
hehehe, syokla xkena morning sickness.. tapi 1st trimester tahap kemalasan kita mmg sama.. nak2 lagi tang mandi.. mmg malas.. sampai husband bebel2 la.. hehehe
scan 5-7weeks mmg normal tak Nampak.. dulu time scan 7w pun just Nampak sac je.. baby n heartbeat lgsung tak Nampak.. lagipun scab 2d.. hehehe

jaga diri n baby elok2 tau :) mkn y berkhsiat je..

Princess Feyqa Princess Feyqa said... [Reply]

@Sheila Salim terima kasih dear! fiqa pun dh masuk kn sis dlm bloglist senang nk terjah hehe :)

Princess Feyqa Princess Feyqa said... [Reply]

@nanalee caramelo yeke? wah! hehe tq dear sudi baca blog habuk ni hehe

Princess Feyqa Princess Feyqa said... [Reply]

@anis suryanie kan bab malas tu mmg over betul hehe. tula masa tu risau sangat sbb nampak sac. hari2 pikir huhu. tapi now alhamdulillah dh scan rasa lega hehe. ok sis fiqa makan yg sihat2 je :) tq tau!

Shizan Syafik Shizan Syafik said... [Reply]

oh, baru tau bladder kena full kalau nak g scan.. haha.. sebab haritu g masa 5minggu, mmg nmpak baby.. :)

nana kimie nana kimie said... [Reply]

alhamdulillah...tahniah feyqa!:)

Sheila Salim Sheila Salim said... [Reply]

Awak, buka Abang Abil tu rm28.. kalau nak beli, boleh singgah direct ke blog abg abil.. hehehe

wawa syaida wawa syaida said... [Reply]

congrats fiqa....jaga diri k

Exchange link

.