Salam Readers~
Cerita Betul - Sejak dapat pujuk ayah untuk benarkan saya bernikah ketika masih lagi menuntut di universiti amat memerlukan kesabaran yang tinggi. Tiada ayah akan semudah ABC untuk membenarkan anak daranya bernikah di saat kewangan anak daranya tidak kukuh langsung dan saya pula anak tunggal memang sangat payah T_T. Tapi saya bersyukur sangat ibu kerana berjaya memujuk ayah ketika saya berada di Korea dan pihak media elektronik yang selalu saja menyiarkan rancangan yang berkisar kahwin muda. Tapi syarat yang ayah berikan harus saya akur iaitu harus menyambung pelajaran ke peringkat master, jangan abaikan pelajaran dan berkahwin pada tahun 2013 Insyaallah bukan tahun ini ( 2012 ). Saya setuju kerana jika saya ingin melangsungkan perkahwinan pada tahun 2012, kami akan terkejar-kejar kerana saya baru sahaja pulang dari Korea program pertukaran pelajar, tambahan pula saya dan MR.boyfie belum lagi mengambil kursus perkahwinan. Tapi sekarang ni mak saya yang selalu mengingatkan tentang kursus perkahwinan hehe. Atok saya dan keluarga dia telah mengetahui rancangan kami untuk bertunang beberapa bulan sebelum melangsungkan pernikahan.
Checklist Tunang ( Cerita Berangan )
TARIKH - Saya telah menetapkan bulan yang sesuai untuk bertunang tetapi saya tak berminat untuk menjemput kawan2 kerana saya inginkan hanya keluarga terdekat sahaja yang hadir. Tapi saya belum menetapkan tarikh yang sesuai. Harus prepare the date before keluarga MR.Bf datang merisik.
TEMPAT - Insyaallah dari proses merisik sampai ke perkahwinan akan dilangsungkan di Johor. Keluarga saya terlampau ramai di Johor dan saya dari kecik memang berangan nak langsungkan di Johor hehe (gatal ye masa kecik2 )
CATERING - Makcik saya pandai masak! upah mereka jimat bukan =D
DOORGIFT - Perlu ke? Berkat sudah tak pun telur pindang
MINI PELAMIN - I want! Probably warna yang akan saya choose pink purple and putih. saya tak tempah tapi saya try utk jadi kan ia DIY haha KIV dulu okay =D
TUNANG ATTIRE - akan di beli selepas raya Insyaallah. Saya ingat nak tempah tapi mak cakap beli dah siap saja. Probably untuk wedding nanti nak tempah dengan designer ahaha sah berangan!
TUNANG MAKE UP - My mom's cousin seorang mak andam. For sure boleh ask for her service untuk make up2 ni but I have to use my own make up sebab kulit yang terlebih manjeeee
HANTARAN DECO - Mak Long saya boleh tolong sebab dia agak pakar dari makcik2 yang ada haha. Saya nak konsep english style dan sejak balik dari Korea saya dah start survey all engagement & wedding stuff. Semangatkan saya? Ye saya memang bersemangat!
BARANGAN HANTARAN - Probably untuk tunang 7 berbalas 9 and same goes with nikah 7 berbalas 9. Saya dah beli salah satu barang tunang iaitu jam Just Cavalli. Memang saya aim this one dah lama then ada less 10% okay la tu dah jimat yeay! I ask MR.Bf if boleh tak hantaran kahwin I want a real designer handbag like PRADA,BURBERRY,LV dont want coach sebab saya dah ada 5 handbags coach diam tak diam. He said can tapi since Im still a student dia takut orang cakap I mengada-ngada. Okay fine see la handbag apa nanti di beli. Orang perempuan memang tak boleh dipisahkan dgn handbag bukan?
Saya selalu berdoa supaya dipermudahkan urusan untuk "membina masjid" dengan orang yang sudah kenali sejak alam persekolahan lagi. Kalau betul seru saya sampai ketika saya lagi masih menuntut di universiti dan masih berumur bawah 23 tahun, saya sangat bersyukur kerana itu impian saya sejak kecil lagi. Doakan yang terbaik buat saya ye readers AMIN =)
7 comments:
wow tahniah awk!semoga semuanya brjalan lancar :)
wahhh...bagus ni... hehehe
semoge berjalan ngan lancar ^^,
nak pujuk mak abah jugak lah..
nak kawin jugaaaaaak..
mood berangan ON..!
wha.. pika nak kawen da ka? bestnya.
wah tahniah :)..
p/s: yana dtg blog yg ohsem nih sambil follow & komen
insyaallh..thniah=)
suke dgn gaya semangat awk.benda yg baek jgn dilengahkan hehe..
semoga Allah permudahkan segala urusan..
Post a Comment