Salam Ramadan Readers =)
Hari ni korang dah pikir tak nak berbuka apa? *ish tak senonoh aku ni belum lagi pukul 3 dah pikir pasal berbuka, maap akak adik abang ye. Mulut saya memang laju je cakap kalau pasal makanan* Pernah tak korang terpikir sedang kita sedap berbuka dengan makanan yang terlalu banyak, terdapat ribuan manusia yang menderita sama ada di Iraq, Somalia, Myanmar dan di negara Islam lain? Diorang berbuka dengan memakan seulas tamar sahaja tapi kalau kita berbuka dengan sebiji pisang, tentu merungut2 bukan? Maka seharusnya kita rasa bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi, jangan pula kita bermegah2 cakap dengan kawan "aku hari ni berbuka 10 jenis lauk!" tetapi yang di jamahnya hanya 5 jenis lauk saja ish3.
"Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan" (Surah al-`Araf:31).
Dulu pernah lah, saya berbuka dengan 5 jenis lauk, tapi Ya Allah memang tak habis! (saya anak tunggal so bertiga jela yg makan) Itu lah orang tamak memang rugi selalu sebab akhirnya lauk tu terpaksa di buang sebab kalau simpan lama saya takut sakit perut. Bila pergi ke surau untuk menunaikan solat sunat tarawih, sebelum pulang pasti kami semua di jamu dgn makanan (moreh). Itu yang akhirnya makanan berlebihan terpaksa dimasukkan ke dalam perut peti sejuk huhu. So sekarang ini saya akan tolong ibu memasak 3 lauk dan 1 dessert. Alhamdulillah tak membazir lagi :)
Sumber : google
1 comment:
bagus bagus..masak skit2 dah..nanti mebazir...
Post a Comment