Welcome Peeps

Hye guys ! you are my visitor number..


 hug my teddy bear


My Precious
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 28, 2012

Duit Raya Benda Yang Wajib~


Salam Readers~


Macam mana dengan hari raya uolss? mesti meriah kan lagi-lagi ada yang pakai baju raya daripada designer.. ( jealouss nyee!), macam aku maybe tahun depan jela pakai baju designer sebab tahun ni pokai shopping secara impulsive di Korea huhu.

Bila kita sebut tentang raya, mesti kanak-kanak lah yang paling gembira sebab dapat pakai baju raya, dapat makan kuih raya ----> aku yang suka actually heee~ , then yang penting dorang dapat collect duit raya! Well bukan kanak-kanak je, aku pon dapat gak duit raya tau hehehe~ even umur bakal cecah 21, tapi alhamdulillah gembira sangat rezeki duit raya still dapat lagi dan macam makin banyak lak! dulu2 masa sekolah dapat duit raya RM300 lebih perkara biasa, tapi bila dah masuk universiti dapat RM400 satu perkara yang buat aku juling haha! maybe sebab anak tunggal then masuk universiti plak kan tu yang kena bagi lebih dari biasa haha =p tapi sebenarnya aku tak berharap orang lain selain family bagi aku duit raya. Kalau family aku, dorang pegang prinsip selagi belajar, tak kerja lagi and belum kahwin still dapat lagi hehe.



Cun gila duit ni =p

Tapi yang tak bestnye,ada budak-budak yang kaki demand. Kalau beraya dekat rumah orang, boleh marah2 kalau bagi duit raya bawah RM1! Sudah lah takde ikatan baur2 bacang yg ada baur2 kacang je, boleh lak demand lebih2! Kesian atok aku, kena kutuk dgn budak2 kampung cakap atok aku kedekut bagi 50sen sorang. Wahhh telinga aku mcm panas jee apa lagi kena marah lah budak2 tu! Kita beraya untuk bermaaf2an mana tahu jika ada tersalah cakap semua kan.. lagi pun duit raya ni bukan benda yang wajib pun, kalau dapat alhamdulillah kalau tak dapat tak perlu merungut sebab duit ni macam air je mengalir, lain lah dapat emas sekupang kan memang satu malaya aku beraya hehe =P

Sekian & Selamat Hari Raya =)

1 comment:

Jahirah Jahirah said... [Reply]

biasa le budak2....ingat org cop duit ke nak bg banyak2.kalau xramai xpe,kalau ramai bg sikit srg tu kira oke le kan...hehee.salam aidilfitri...:)

Exchange link

.