Salam Ramadan Readers :)
Serigala Comel~
Malam kelmarin saya bermimpi serigala. Saya pun pelik kenapa saya bermimpi serigala sedangkan dalam fikiran saya tak pernah terlintas binatang bernama serigala,kalau kucing selalu lah sebab cute hehe. Dalam mimpi tu, setelah serigala itu mendekati saya, dia bertukar menjadi manusia dan saya terus membunuh dia. Apakah maksud mimpi itu?! huhu. Menurut tafsir mimpi dalam Islam,
- Mimpi musang, ia bermakna anda harus waspada terhadap mereka yang hasad dan dengki. Tetapi jika anda mimpi dapat menguasai musang atau mempermainkannya, ia bermakna anda akan mendapat kekuatan dan kemuliaan.
Mengenai manusia yg berhasad dengki tu, saya admit memang ada some of my friends yg saya nampak hati dia sedikit dengki tapi selalunya saya malas nak layan dengan mereka berperangai macam tu sebab nanti buat tambah dosa sahaja! Bagi saya kalau saya terjumpa dgn manusia mcm tu, saya prefer walk away dari hidup dia and cari kawan baru. Bukan bermusuh tapi bersederhana sahaja dgn dia. Rasa menyesal tak berkawan dgn orang mcm tu? Tak, malah berterima kasih dekat dia sebab buat saya dpt kenal hati budi orang. Buat saya lebih berhati-hati dalam berkawan, tak semua perangai manusia macam perangai kita. Bagi saya tak guna berdengki sebab itu hanya memusnahkan diri. Dari cemburu bercambah ke hasad dengki pula, kesiannya.
Tapi saya harap mimpi saya tu bermaksud saya akan mendapat kekuatan dan kemulian lah sebab pada penghujung mimpi saya m'bunuh musang tu heee InsyaAllah Wallahualam~
No comments:
Post a Comment