Salam readers.. dah makan tak? heee saje je tanya,..kalau tak takde ayat pembuka kata pulak kan! =P Tetibe malam ni rajin plak nak update blog.. padahal esok nak ke Nilai, misi mencari barang hiasan dulang tunang pun bermula...InsyaAllah less than 14 days je nak jadi tunangan orang, dulang hantaran 25% je siap, yang balance tu suruh nenek saudara tolong gubah, sebab nenek saudara fyqa ni memang ambil tempahan gubahan. Cuma bertunang ni hantarannya simple jee, Insyaallah nikah nanti chantek sikit dan lagi banyak dari tunang.. wah macam banyak sangat je kan? *kalau en.bf dgr mesti dia pengsan sebab banyak nak beli haha.
Cakap pasal warna tema majlis / hantaran.. mesti bermacam2 opinion kita dengar kan. Ada orang suka warna pastel pink & turqoise (aku letuww), certain people suka baby blue and dusty pink. *tengok tu..fyqa mesti sebut warna pink kan, mentang2 lah warna fav asyik nak sebut jeee hehe Tapi different people have different perceptions.. So fyqa try list kan warna-warna yg cuns utk majlis korang nanti!
Pink Salmon & Pewter Grey
Warna pink salmon ni macam pink gelap sikit. Warna tema macam ni maybe suitable for garden style. Backgroundnya pokok hijau, kerusi warna grey and baju utk pengantin warna pink salmon. Cantik! fyqa berkenan sangat since warna ni blh suit utk semua skin colour. Kalau kulit cerah, buat baju pengantin warna pewter grey pun cun! But for me, I'll choose pink salmon utk baju rather than pewter grey maybe because of the word pink kot. Teeheee =)
Black + White + Hot Pink
Dalam banyak-banyak colour, fyqa jarang jumpa warna hitam sebagai warna tema majlis. Maybe nampak macam majlis berkabung ke? hehe actually warna ni cantik kalau di padankan dgn warna pink & white. Nampak classy dan exclusive kan? Kalau buat dekat dewan / hotel, confirm orang terpegun sebab nampak terlalu mewah! Eh yeke terlalu mewah? entah fyqa agak jela haha.
Mint + Orange Coral + Pale Yellow
Kalau korang nak tau, fyqa memang suka warna pastel. Rasanya pastel colour memang tengah in utk B2B 2013. Warna macam ni sejuk je mata memandang dan cuteness overload! So bagi fyqa, warna ni memang perfect utk pencinta kedamaian.. cewahh ayat~
amethyst & lavender & champagne
Dark purple, light purple and champagne. Kira warna purple la tuuu even yg beza kan dia dark and light je. huhu. Chantek juga, sesuai untuk peminat purple tegar @ die hard fan haha.
Gold & Pink
Wow! Kalau pakai baju pengantin warna gold & bling2, bukan lagi jadi raja sehari tapi jadi diva sehari! But siyezly, warna ni chantek and looks elegant. Berminat? Sila ambil tempahan dengan tailor yg terdekat dengan anda ye haha.
Green & Pink
Ermm, tak tau nak describe colour ni except hijau, hijau muda, dan pink haha.
Neon Colour
Warna2 terang bak sinaran sang mentari! Anda gemarkan warna2 panas / torchlight? Boleh tempah pelamin warna macam ni yee hehe dari jauh orang dah boleh nampak pelamin anda yang cunness itu hehe =D
Hmm korang dah pick colour untuk majlis korang nanti? fyqa belum lagi, tapi fyqa berminat nak pick salah satu warna theme yg fyqa list kan di atas hehe. warna apa? oh rahsia, kena main teka teki dulu ye =P
p/s : tidur dulu. Esok mari menuju ke nilai 3 haha
6 comments:
caiyok feyqa...
mcm i suka putih putih and putih haha. husband pulak tak suka pink so memang takdenya nak pakai pink hihi :D
heheh btol tu sis.. fyqa suka wrna pink tp kecian plak nti bakal suami pkai baju pink! ahaha
suka yang purple tu & mint green
rase terpegun kejap ngan pink n gold . nak cilok color tu boleh tak feyqa :)
tahun 2013 mmg rmai suke wane pastel...cair2x gitu... :) done follow back... ^^ jom kite berjourney together2x... :D
Post a Comment